Order QR + POS kaunter untuk kedai makan

Customer order dari meja. Dapur terus nampak.

OrderTerus satukan menu QR, skrin dapur, kaunter bayaran dan rekon hujung hari dalam satu sistem. Kurang jerit order, kurang salah bil, tutup kedai dengan duit yang cukup.

Daftar dengan menu sampel siap diisi, terus boleh cuba. Tiada kad kredit.

Tiada app untuk customer

Scan QR, terus nampak menu.

Jalan di telefon & tablet sedia ada

Kaunter, dapur dan owner guna browser.

Setiap staf login sendiri

Owner, juruwang dan dapur, masing-masing skrin sendiri.

Cara guna

Dari meja ke dapur ke kaunter, tanpa jerit.

  1. 1

    Customer scan QR di meja

    Pilih menu, pilih add-on macam ais atau kurang manis, kemudian hantar. Tak perlu download app, tak perlu daftar.

  2. 2

    Dapur terus nampak

    Tiket muncul di tablet dapur dengan bunyi. Tekan Start cooking dan Ready, customer nampak status di telefon dia.

  3. 3

    Bayar di kaunter

    Tunai dengan bundar 5 sen, DuitNow QR dengan rujukan bank, atau kredit syarikat. Resit boleh cetak atau hantar WhatsApp.

Ciri

Satu sistem, empat skrin. Setiap orang nampak apa yang dia perlu.

Menu QR jenama kedai sendiri

Logo, warna dan tagline kedai di atas menu. Gambar setiap item, add-on wajib atau pilihan, dan tanda habis dengan satu tekan.

9:41You're at Meja 5

Warung Pak Din

Nasi Lemak Ayam

RM 12.90

Mee Goreng Mamak

RM 8.50

Skrin dapur

Tiket New, Cooking, Ready dengan bunyi order baru dan mod skrin penuh untuk tablet di dinding. Masa menunggu bertukar oren selepas 8 minit dan merah selepas 15.

New

#24

Meja 5

Cooking

#25

Bungkus · Lim

Ready

#26

Meja 2

Kaunter & tauke

Bil ikut meja, diskaun member dan staf automatik, kredit syarikat dengan had. Dashboard jualan ikut jam, menu paling laku, dan rekon hujung hari: tunai dalam laci lawan sistem, lebih atau kurang ditunjuk terus.

Jualan ikut jam

RM 1,284.60

7 pagi12 tgh7 mlm

Untuk kedai Malaysia

Dibina ikut cara kedai makan kita berniaga.

SST 6% dan caj servis
Caj servis dikira untuk makan sini sahaja. Bungkus dan delivery tak kena.
Bundar 5 sen
Bil tunai dibundarkan ikut peraturan Bank Negara, baki dikira terus.
DuitNow QR
Juruwang masukkan rujukan bank. Hujung hari, tanda satu-satu dengan app bank.
Member, staf, korporat
Diskaun member dan staf automatik. Syarikat makan dulu, bayar hujung bulan dengan had kredit.
Makan sini atau bungkus
Customer pilih sendiri. Order bungkus wajib letak nama supaya senang dipanggil.
Grab dan Foodpanda
Order delivery dikunci di kaunter dengan nama rider, masuk dapur macam order lain.
Warung Pak Din

Meja 5 · Dine-in · #24

2 × Nasi Lemak Ayam25.80

1 × Teh Tarik (ais)3.50

Subtotal29.30

Service charge 10%2.93

SST 6%1.93

Rounding-0.01

TOTALRM 34.15

Cash RM 50.00Change 15.85

Order terus. Senang je.

Soalan

Yang selalu ditanya tauke kedai

Customer kena download app ke?+

Tidak. Customer scan QR dengan kamera telefon dan menu terus terbuka dalam browser.

Customer boleh bayar online dari telefon?+

Buat masa ni bayaran dibuat di kaunter: tunai, DuitNow QR atau kredit syarikat. Telefon customer tunjuk jumlah dan nombor order untuk ditunjuk pada juruwang.

Perlu beli printer atau tablet khas?+

Tidak. Skrin dapur jalan di mana-mana tablet atau telefon. Resit dicetak melalui browser ke printer thermal 80mm atau printer biasa, dan QR meja boleh dicetak terus dari sistem.

Kalau sticker QR meja disalin orang?+

Tekan New QR untuk meja tu. QR lama terus tak berfungsi, dan cetak yang baru.

Staf pakai satu akaun ke?+

Setiap staf ada login sendiri: owner, juruwang atau dapur. Staf dapur hanya nampak skrin dapur. Staf yang dinyahaktif terus terkeluar.

Boleh guna logo dan warna kedai sendiri?+

Boleh. Upload logo, pilih warna, tulis tagline. Menu customer, page order dan resit semua ikut jenama kedai.

Order terus. Senang je.

Mula dengan menu sampel, tukar kepada menu sendiri bila dah sedia.

Cuba percuma